salam and Hola!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahaha!Jemput masuk ...korang sangat dialu-alukan.....dekat sini korang boleh tau arrrr macm mana aku merepek meraban...post benda merepek and cerita pasl all this stuff yang berlaku sampai arrr sekang...jangan segan2x....hahahha!!!

Adios...

Monday, September 19, 2011

sajer2.....

Segalanya bermula pada malam itu.Malam itu penuh sunyi sampai aku tidak mahu berbuat apa-apa.Deringan mesej mematikan lamunan aku.Kawan sekelas aku,Mika menyuruh aku datang ke bilik kelas rep kami,Danial untuk menyiapkan tugasan.Terasa berat kaki aku untuk melangkah ke bilik Danial.Aku mengatur langkah dengan penuh longlai.Saat melepasi bilik RiHahs,tiada langsung keinginanku untuk memanggilnya.

Aku akhirnya tiba di bilik Danial.Aku melihat RiHahs dan Mika sudah berada di situ.Aku lebih banyak diam dan menurut sahaja sewaktu menyiapkan tugasan.Tepat jam12.00 malam,aku meminta diri untuk pulang.Dalam perjalanan,aku masihmemikirkan mengapa BFF aku diam shaja.Aku mesej dia tak balas,aku call dia pun tak angkat.Aku pulak satu,buat benda yang sama kat dia.Kenapa masing-masing senyap?Aku keliru memikirkan jawapan bagi pelbagai persoalan.

Keesokan harinya,hari kedua Modul KI di tempat aku belajar.Aku keluar pada jam 7.45 pagi.Pada masa yang sama RiHahs juga keluar sambil bertanya kepadaku,

"Ko jalan kaki ke Lex?"tanya RiHahs.Aku mengangguk.

"Nak naik motor tak?"pelawa RiHahs.Aku menggeleng.

"Takpe arrr.Aku jalan kaki,"ujarku ringkas.Pada saat itu tiada langsung mood aku nak bercakap dengan sesiapa.

Modul pada hari ini dimulakan dengan sesi ceramah.Hanya ceramah sahaja pada hari ini.Ceramah ini tiada langsung memberi kesan kepadaku disebabkan pelbagai masalah yang melanda.Aku juga sudah jarang melepak dengan rakan sekelasku.

Tingkah laku ini disedari oleh Danial."Ko ada masalah ke Alex?"tanya Danial.Aku menggeleng.Pada masa rehat,Rania menelefon aku.Dia mahu bercerita tentang masalhnya.

"Lex,Mark dah tak suka aku,"ujar Rania memulakan perbualan.

"Pasal apa plak?"tanya aku ingin tahu.

"Aku mesej dia tak balas.Aku call dia atk angkat,"ujar Rania lagi.

"Biasa arr tu.Dia takder kredit kot,"pujuk aku.

"Takkan takder kredit lama sangat?"tanya Rania lagi.

"Aku tak tau arr Nia.Aku pun dah lama tak jumpa Mark.So aku tak tau macam mana dia sekarang.Tapi aku tau dia takkan buat macam tu kat ko!"jelas aku lagi.Rasa kasihan pula aku kepada BFF aku yang seorang lagi ni.

"Tapi kenapa dia wat aku camni,Lex?"tanya Rania lagi.Aku buntu.

"Lelaki ni Nia,dia ego.Dia takkan bagi tau sebab untuk sesuatu sebab,"jelas aku lagi.

"Lex,aku tak kisah kalau dia taknak aku.Tapi at least bagi tau sebabnya."suara Rania semakin serak.

"Nia ko tak boleh macam ni.Dulu ko dah nangis dengan Jason takkan sekarang nangis dengan Mark plak,"terang aku kepada Rania.Aku tidak mahu Rania terus-terusan nangis.

"Lex,tolong arrr,"pinta Rania lagi.Lepas satu,satu lagi masalah timbul antara BFF aku ni.

"Malam nanti ko tepon aku.Aku ada ceramah arr,"jelas aku lagi.Talian diputuskan.


Hari Isnin,hari ketiga aku berdiam diri.Aku sebolehnya mahu melarikan diri dari rakan-rakan sekelasku.Aku tidak mahu diorang tahu masalah aku.Dan aku juga taknak sebab masalah aku,kawan-kawan aku susah.Aku banyak menghabiskan masa di PTAR untuk mentelaah pelajaran.Tetapi tiada satu pun yang masuk dalam kepala otak aku.

Sekiranya diorang bertanya kepadaku,aku hanya menjawab apa yang ditanya.Tiada langsung lucu dan ketawa yang bodoh yang sering aku buat.Saat aku berjalan menuju ke PTAR,aku terserempak dengan Samuel,rakan sekelas aku juga.Aku hanya mampu tersenyum dan meneruskan langkahku.


"Ko kenapa Lex.Aku tengok kau dua tiga hari ni lesu jer,"tanya Samuel pada satu petang.

"Takder paper arrr.Aku cuma bad mood cket jer,"jawab aku acuh tak acuh.

"Tadi ko okey jer,"ujar Stacey tiba-tiba.

Aku mengaku depan Stacey dan Marissa rakannya,aku akan cuba menyembunyikan masalah tetapi bukan dengan Samuel.Samuel seperti pakar psikologi pada aku.

"Apa masalah ko Lex?"tanya Stacey setelah aku lama mendiamkan diri.

"Takde paper.Aku cuma bad mood jer,"jelas aku lagi.

"Sebab kekasih ker?"tanya Marissa pula.

"Tak arrr tapi ada arrr,"aku berteka-teki lagi.Kami berjalan lalu masuk ke kelas.

Aku terlupa untuk membawa labcoat bagi makmal Kimia selepas ini.Masa hanya tinggal 45 minit shaja sebelum kelas bermula.Aku pantas mengatur gerak menuju ke Kolej Jati.Pelbagai jalan pintas aku lalu untuk memendekkan masa perjalanan.Setibanya di Kolej Jati,aku terserempak dengan RiHahs sedang menghidupkan motosikalnya.Aku hanya berjalan tanpa mempedulikannya lantas ke tingkat enam untuk mengambil labcoat yang tertinggal.

Tanpa membuang masa aku mempercepatkan langkah menuju ke kampus.Aku sedikit terlewat dari masa yang ditetapkan.Setibanya aku di lab 609,aku disambut oeh Mika.

"Hah Lex,ko okey tak?"tanya Mika tiba-tiba.Aku mengangguk.

"Ada sesape yang nak satu group dengan ko?"tanya Mika lagi.Aku menggeleng.

"Hah,satu group ngan aku.Aku taknak satu group ngan Habib,"pinta Mika.Aku hanya tersenyum dan mengangguk sahaja.Meskipun senyuman itu bukanlah dipinta tetapi bolehlah jika mahu mengubatkan hati aku yang tengah luka ni.Aku pantas mengeluarkan buku Lab Kimia dan segala barang lain.

"Meh aku bawak buku kau,"pelawa Mika.Aku membantah.Dan aku memilih untuk duduk di antara Mika dan Faiz.Melihat keadaanku yang berpeluh,Faiz bertanya kepadaku.

"Ko apasal peluh-peluh ni?"tanya Faiz memulakan bicara.

"Aku balik Jati,"jawabku ringkas sambil memakai labcoat.

"Apasal?"tanya Mika pula.Aku hanya menunjukkan labcoat ni.

"Labcoat ko tertinggal?"tanya Mika inginkan kepastian.Aku mengangguk.

"Asal tak tumpang Hahs?"tanya Mika lagi.

"Aku taknak susahkan dia arr,"ujarku.

Selepas itu aku diam seribu bahasa.Hanya menjawab bila ditanya.Mataku dihabiskan dengan menghadap handset yang dipinjamkan Mika.

"Clash dengan Hahs,"jawab Mika tiba-tiba kepada Faiz.Aku dengar tetapi tidak mahu ikut campur.

Tiba-tiba RiHahs datang kepadaku sambil menantikeputusan ujikaji.

"Lex ko okey tak?"tanya RiHahs sambil memandangku.

"Okey,takder pape,"bohong aku.Padahal banyak masalah melanda.

RiHahs bertanya tentang experiment pula.Aku hanya menjawab apa yang perlu sahaja.

Sekiranya dahulu aku menghabiskan masa dengan menunggu bas untuk pulang ke Jati,kini aku memilih untuk berjalan kaki.Pergi dan balik aku memilih untuk jalan kaki.Kalau dahulu pergi sahaja jalan kaki.Aku mahu bersendirian pada masa tu.

"Lex ko ada masalah ker?"tanya Jessica pada satu ketika.

"Aah Lex,aku tengok kau senyap jer.Tak ceria cam dulu,"sokong Felicia.

"Ko ada masalah ker.Citer arrr,"pinta Jessica lagi.

Pada masa tu banyak sangat orang yang mahu tahu masalah aku.Aku bersyukur keranadiorang prihatin dengan masalah aku tetapi macam biasa aku taknak diorang susah.

Aku hanya mengangguk tetapi aku takkan beritahu sebab yang sebenarnya.

"Sebab kekasih?"tanya Allison.Aku menggeleng.

"Perempuan?"duga Felicia pula.Aku menggeleng.

"Girlfriend?"duga Felicia lagi.Aku menggeleng.

"Boyfriend?"lawak Allison pula.Aku menggeleng.

"Bukan perempuan lelaki,"beritahu aku setelah lama menyimpan.

"Hmm.Orang tu mesti rapat dengan ko.Mesti selalu kau jumpa,"duga Samuel.

Debaran di dada aku semakin kencang.Aku bimbang rahsia aku bocor.

"Classmate ea?"tanya Jessica.Aku mengeleng laju.

"BFF aku,"jelas aku.

"Apa masalah ko ngan BFF ko tu?"tanya Jessica.

"Aku tak tau.Masing-masing senyap.tetiba jer senyap,"jelas aku sedikit sahaja.

"Kenapa ko tak cakap ngan kitorang?"tanya Jessica lagi.

"Aku taknak susahkan korang tau.Sebab tu aku diamkan ajer,"jelas aku.

"Kitorang tak cakap pun kitorang nak bantu,"gurau Jessica disambut oleh gelak ketawa orang lain.

"Lex,kalau ko bitau masalah ko.Beban ko tu ilang tau,"pujuk Danial.

"Aku pun macam ko gak Lex.Ngan BFF aku kan.Kitorang tetiba senyap.Biasa arrr...kalau persahabatan tu tak gaduh tak best tau,"jelas Jessica.

"Bukan apa Jess,aku susah takper tau.Jangan kawan-kawan aku susah."

"Ko kena semangat Lex.Ko tak ley camni.Semalam masa nak buat lab,Damia sedih sebab hp dia blup blup ko pulak diam ajer.Aku takder mood nak buat experiment,"jelas Felicia lagi.Aku hanya mampu terdiam.Tidak mampu berkata apa-apa.

"Ko kenapa Lex,sejak 2-3 hari ni aku tengok ko muram jer?"tanya Faiz pada satu ketika.Aku sudah bosan dengan pertanyaan seperti itu.

"Kalau ada masalah cerita.Janagn simpan dalam hati,"ingat Faiz lagi.

"Bukan aku taknak beriatu,tapi aku taknak korang susah,Kawan-kawan yang aku sayang ni,"jelas aku.Benda yang sama aku utarakan.

"Lex,kita akan tiga taun bersama.Dah macam adik-beradik,"jelas Mika lagi.

"Mungkin dia ingat Lex ni mungkin nga study.Taknak arrr kacau dia,"jelas Faiz setelah aku menceritakan perkara yang sebenar kepadanya.Aku mengangguk.Ada betulnya kata-kata Faiz tu.

"Betul gak cakap ko.Mungkin masa dia nga telefon,aku nga cakap ngan korang kan,"pujuk aku sekadar menyembunyikan rasa sedih di hati.

"Bila aku pikir-pikir balik,tak adil aku wat benda ni kat korang.tak cakap ngan korang,"sesal aku pula.Faiz mengangguk laju.

"Tapi betul gak.Takkan bila kita ada masalah nak ketawa berdekah-dekahkan,"jelas Faiz.Aku hanya termenung sahaja.

"Woi jauh termenung.Tapi yang penting ko kena semangat arr.Tak ley camni,"pujuk Faiz.Sedikit sebanyak dorongan dari kawan-kawan aku ni mengembalikan semangat aku.

"Lex,ko gaduh ngan RiHahs ker?"tanya Rebecca sewaktu aku sedang berada di library.

"Mana ko dengar cerita ni?"tanya aku pula.Tidak berkenan aku dengan cara Rebecca bertanyakan soalan.

"Ye arr,semenjak dua menjak ni ko diam tapi ko cakap gak dengan budak lelaki lain.Tapi aku tak nampak pun ko cakap dengan RiHahs,"jelas Rebecca.

"Aku ada cakap arrr ngan dia.Mulut ko jangan macam bontot ayam ea.Aku takder paper masalah dengan RiHahs ea,"Marah aku tiba-tiba.Rebecca kelihatan terkejut.

"Apa ko ni.Jangan marah aku.Aku rasa kau patut maarh kat RiHahs tu.Sejak dia ada motor,ada dia bawak ko gi mana-mana.Takderkan?lepas tu dia tinggalkan ko jalan kaki sorang-sorang.Berpeluh-peluh.Dia pulak naik motor banyak angin,"hasut Rebecca lagi.

"Becca,aku taknak susahkan dia.Tak kisah arr,dia naik bas ker,naik motor ker,naik sport ker.Aku still jalan kaki.Tak timbul masalah aku marah kat dia sebab dia tak bagi aku naik motor dia,"jelas aku lagi.

"Ko ni kan pelik arr..Dia buat ko camtu pun ko masih nak backup dia kan.Aku dengar dia pergi PKNS ari tu.Ada dia bawak ko?Takder sebab dia dah atknak kawan nagn ko agi,"hasut Rebecca lagi.

"Ko berambus sekarang!Berambus!!!!!!!"jerit aku.Marahku tidak tertahan.Hampir-hampir sahaja buku Campbell menepek di muka Rebecca.

"Sebelum aku kenal RiHahs aku kenal Mika dulu.Tapi sejak peristiwa tu aku tak tegur dia pun meskipun dia kat sebelah bilik aku,"beritahu aku kepada Danial sewaktu dalam perjalanan ke Kompleks Sukan untuk bersembahyang Jumaat.

"Asal plak?Ko tak adil kat Hahs camtu,"ingat Danial.

"Entah arrr.Aku tak tau kenapa dengan dia jer aku tak cakap sekarang ni,"beritahu aku lagi.

"Ko tak adil buat RiHahs camtu.Dia tak tau apa-apa,"ingat Danial lagi.

Aku hanya terdiam mengiakan kebenaran kata-kata Danial.


"Bila ko nak balik,?"tanya Danial di hadapan semua orang.

"Aku hanya mampu berjanji Lex yang dulu akan datang balik tapi bila bergantung pada Lex yang sekarang ni.

Kepada semua orang yag terasa sepanjang seminggu ni aku diam ajer.Aku mintamaaf.Tak adil aku buat benda ni kat korang.Korang tak salah tapi korang pulak jadi mangsa.Aku minta maaf banyak-banyak.Jess, Felicia, Allison, Marissa, Stacey, Samuel, Mika, Faiz, Danial ,Damia and especially RiHash aku minta maaf kepada korang.Juga kepada semua yang lain.Aku janji benda takkan berulang lagi."

crita zaman dulu!!!!!!

inilah tiga orang 'aweks' aku yang tau cerita sebenar..

ni BFF aku yang sama2 dengan aku sampai sekang....

nie yang paling rapat..boleh dikatakan sahabat dunia akhirat arrr..
tetiba pulak nak bercerita pasal kawan nie...


Aku masa dulu selalu gak arrr nek motor ngn org.....tapi orang bawak arrr...aku tumpang jer.....bila da selalu sangat kita tumpang org secr tak lngsng kita rapat dengan org tu........dan kita sggup wat pe saje tuk dia.....tapi bila sesuatu berlaku....dia tinggalkan kita macm tu jer.....

Aku ada kisah benda ni berlaku antara aku n ex best friend aku.....


Aku knal dia bila aku masuk SMKDO......kat batu pahat arrr....masa tu kitorg len klas.......tapi selalu gak arr jumpa dia bila ada aktiviti kat sekolah.......aku kenal rapat nagn dia bila aku frm 3......aku namakan bdak ni sebagai Panda.Mula-mula aku tak berapa suka sangat ngan dia....sebb poyo........tapi lama-lama aku suka plak......


Satu hari aku tak dtg kelas....dia dtg uma aku......aku pun pelik arrrr bila masa dia tahu uma aku.......pastu dia start arrr datg uma.......nak tau khabar aku kan......after that kitorg jadi rapt.Bila ada klas jer,mesti dia bwk aku nek motor....sebb aku selalu sgt tumpang dia,,,,aku dipanggi cikaro dowh........aku tak kisah arrr kan.....sebb diorg gurau jer.....

Masa form 4 plak......dia kapel dengan one of BFF aku....aku totally disagree dengan hubungan diorg......tapi aku tak cakap...aku diamkan ajer.....Kitorg terus rapat......selalu tengok wayang...gi pasar malam sama-sama....gi bandar pun sma-sama.....semua aku blnja cuma motor dia bawak.......


Disebbkn dia selalu datg uma aku.....aku tak kisah kalu berkongsi....dia selalu gak arrrr makan ngan aku kan.....mak aku masak kari kepala ikan....aku tak kisah walaupun dia amik dua ketul kepala ikan......mkan arr panda....tiba-tiba something happen antara dia dengan BFF aku....aku tnya dia apa yg berlaku......tapi dia tak jawab apa2.....

aku kan seorg kawan yg baik....(insya-Allah)...aku tak bley tengk kwn2 aku sedih....aku sedih takper jagn diorg tau masalah aku.......jadi aku nasihatkan panda ni supaya jangan buat kawan aku camtu.....dia pun kena beralah juga.....tak salah minta maaf......


Pada satu hari,aku ngan BFF aku 3 org pergi bandar tengok wayag...panda ni pun nak tengok gak....tapi dia datg lmbat so kitorg tak blikan dia tiket......dia merajuk......bila kitorg ajak makan dia taknak......aduh merajuknya mengalahkan org pempuan......esok hari jumaat kitorg akan gi pasar malam.......tapi dia tak datg.....aku pelik arrr......tak pernah dia miss tiap2 minggu......ar ni miss plak.......


Aku tak jumpa since hari tu........And then masa raya dia tk dtg pun uma aku.....apa kena dgn panda ni......and then BFF aku datng....nk ajk aku jlan2....aku okey arrr......baru aku athu dari 'ex girl friend' dia...BFF aku arrr tu......dia kecik ati ngan aku......dia kata aku taknak kawan ngan dia.......cara dia marah tu kata kawan aku macam aku nak rmpas gegirl dia plak.......aku pelik arrr......


Yang aku tak boleh tahn...dia ungkit segala perbuatan dia kat aku........dia baik ngan bapak aku.....dia selalu amik aku dari sekolah.....tak pernah dia miss pergi pasar ngan aku.....pastu dia kecik ati ngan aku......lagi satu yang aku bengang sekali......dia dah aknak amik tahu apa-apa pasal aku........apa benda nie???????/takkan tak ikhlas nak kawan ngan aku.......selama tiga tahun kitorg kawan baik......bleh dia ckp camtu.......


Sejak ari tu.....aku buat satu benda jer.....dia jumpa aku...hai..hai bye..bye.....aku takkan anggap dia kawan aku lagi.......ckup arrr sekali dia wat aku camnie.....


sejak aritu...aku dah nekad aku takank naik motor ngan sesape lagi.......tak kisah arrr....biar aku jln kaki gi memaner pun....aku atknak tumpang motor org...sebb aku tau org tu mungkin akan same dgn panda ni.......


masa kat uitm.....ada sorg kawan aku ni.....dia ada motor......and dia pun pelawa arrr aku...naik motor ngan dia.....dahlah masa tu aku ada masalah......tapi aku tak bitau kat dia.....aku ingat janji aku dulu.....aku takkan nek motor ngan org len....kerana kemungkinan kawan aku ni pun sama macm panda.....(minta maaf kepada sesiapa yang terasa)...jadi secara tak langsung.....sekrg ni aku tak nek motor ngan sesaper pun......

pernah aritu kitorg buka puasa.....aku dah penat sangat jalan kaki....jadi aritu aku terpaksa mungkir janji aku sendiri......aku terpaksa gak tumpang kawan aku ni...sebb penat sangt....nasib bek dia tak kisah.....aku okey je arrr...........aku cuma hrp if something happen antara aku ngan kawan aku ni....macam gaduh ker kan....aku harp dia tak ungkit arrrr..............tapi aku taknak arrr kitorg gaduh........


untuk si Panda....satu jer harapan aku.....aku harap satu hari nanti kitorg akan berbaik semula....bila masanya.....hanya Allah yang tahu......


Mesti korg pelik kan dengar citer aku nie??????????


Saturday, September 17, 2011

platun indie sahaja!!!!!!

Kalau masa semester satu aku jadi pks muda kini masuk semester tiga dar jadi dar pks inter....so my full name is with my pangkat is Pks Inter Firdaus Bin Mohamad...acecece........poyo nya ayat.....untuk sem tiga aku pegang portfolio baru iaitu ketua platun..platun apa Platun INDIA.....hahahahahhaha!!!!!! gelak korang......

Tadi barisan pks inter kena pergi pejabat Sispa tolong Pks Senior incharege intake baru Pks Muda....junior kitorang arrr tue....stamina dengan endurance diorang memang ala-ala kitorang gak arrrrr....tadi ada bual dengan one of the calon pks muda...dia ada alami accident and saraf dekat tangan kiri dia tue ada masalah..masa buat push up dia buat sepuluh jer....

Bip test kali ini lebih senang....jarak lebih dekat and banyak arrr yang lepas enam level......aku dulu satu court bola tampar...pergghhhhh!!!! sampai level 5.4 dar pancit....fuhhhh maklumlah masa tue badan pun tak fit agie.....so akan lambat jugak arrrr kitorang lari......bukan kitorang aku......

Berbalik kepada portfolio aku as ketua platun...aku asalnya digandingkan dengan ex rumate aku dulu,si A nie.....tapi since dia dar pegang ketua platun sejak dari semester satu lagi..so dia ditukarkan arrrr dengan sorang agi member aku,T...T dulu biro latihan dan demonstrasi tapidia jadi ketua platun Hotel....masa first time jadi ketua platun nervous gak arrrrr...tapi dengan bantuan dari skuad aku...okey sikit arrr..ada arrr beberapa slack sikit...takper arrrr baru belajar kan....

Then masa nak balik aku amik semua Pks Muda dua2 platun...teringat masa aku jadi penghulu kursus kepimpinan...aku bagi arahan dekat semua pks Muda..wahhh!!!! bestnya....pastue semua benda kena buat sorang...kalau aku jadi ketua platun at least ada kawan aku si T nie......tapi bila dar amik semua...fuhhhhh nervous bangga semua ada.....

Tapi pegawai kitorang beritahu suruh bersurai dekat kolej teratai and boleh buat urusan masing-masing arr.....and pegawai kitorang pun ada cakap jugak jaga disiplin jaga nama baik kor sispa...itu yang paling dititikberatkan.Then lepas ajer bersurai kitorang pergi makan dekat DC or Dataran Cendekia...lapor giler kan.....then lepas makan semua buat hal sendiri arrrrr....

But as ketua platun India or Indie.....tanggungjawab aku baru sahaja bermula....apa yang aku boleh buat dengan kerjasama dari kawan2 aku semua insya-Allah semuanya akan jadi baik jer arrrr........


Platun Indie sahaja!!!!!!Tiga barisan di hadapan saya gerak!!!!!kuang kuang kuang........

Friday, September 16, 2011

jom rayer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Raya datang lagi!!!!!!!!!Eahhhhh salah raya dar lepas......apa plak masih lagi raya lar......apa2 arrrr kan.....janji semangat raya itu masih ada.Walaupun aku dar masuk semula tempat belajar aku nie...tapi raya tetap disambut.(dengan surf facebook dan update blog..)tak ksah arr kan tapi still mengimarahkan raya dengan bertegur sapa dan bermaafan di dalam facebook..Kad-kad ni apa kelas kan...Acececehh!!!! kalau tak ada kad tak adanya nak minta maaf yer tak....

Sepanjang aku duk kat uma masa raya aritue...just duduk depan tv tengok cerita yang tv3 buat pastu makan ketupat..layan orang raya and so on arrr...Konvoi raya untuk taun ni tak datang uma aku sebb aku tak adatelephone so diorang tak contact aku and tak datag uma...tak per arrrr jimat sikit kuih raya kat uma aku tue...

Tapi biasa arrr sebelum makan2 tue dah menjadi adat untuk aku gi kubur arwah mak ngan atuk aku..tapi kereta tue pulak buat hal.So untuk taun nie tak jadi arrr nak ziarah kubur yang menjadi kemestian setiap kali raya..takper arrr doa kat rumah pun dar cukup dar kan.At least masa ari raya tue tak ada arr kita lupa dekat dia...nasib baik aku tiap2 taun pergi jadi tak ada arrr lupa dekat mana letaknya kubur arwah mak ngn atuk aku...

Kita taknak cerita sedih2...kita nak cerita pasal convoi raya pulak...aku join convoi raya masa tingkatan empat dulu..masa tue perjalanan ada dua tempat..dari Parit Sulong ke Lorong pertama and dari Baggan ke Peserai untuk ari yang berikutnya...Hari pertama tue memang ramai arrrryang pergi sebb excited nak berconvoi kan.....masuk ari kedua semua dar penat...aku join gak arrr diorang...Untuk ari pertama aku tumpat kawan aku...I untuk ari kedua aku tumpang tiga orang..A,D and F....last sekali aku naik F....

Pastu dia punya penat memang tak boleh nak cerita arrr...Ada makan kek..makan mee goreng....makan bihun ngan sup kambing...makan ais krim wahhhh..memang sedap...pastue bila berjalan punya berjalan start arrrr dia punya ngantuk penat dengan perut buncit..semua mengular......itu masa taun 2008...



Aku yang ppakai baju putih tue harrrrrr...................................


Masa taun 2009 aku tak ikut sebb aku tak ada kenderaan kan..soa aku just duduk dekat uma prepared the food and lastly tunggu diorang datang..Tak macam jamuan raya masa taun lepas taun ni aku buat more kebaratan sikit...ada fries...ayam goreng and sosej.....air aku buat sendiri...since aku tak suka manis..so aku buat air tue tawar...hahahahha!!!!! memang sumpit diorang gelak arrrr......tapi masa taun nie diorang sampai agak petang so most of them lepas makan semua melingkar atas sofa dekat uma aku......aku pun layan je arrrr.....




Ini pulak masa kat uma aku....same as biasa warna baju aku putih....no the one yang pakai cermin mata tue but yang tengah berdiri kat pintu tue...

habis ajer kat uma aku diorang blarrrrr gi tempat lain.Untuk taun nie aku tak beraya sangat sebb duit takder and aku pun keberangkalian ptptn tak dapat so just raya dengan kuih tunjuk je arrr......and makan sikit dengan lauk yang mak tiri aku ask....then balik sini je arrrr....itu jer...kadang-kadang kita kat dunia nie tak sealu boleh layan orang dengan sebaiknya..Adakala kita terpaksa layan dengan ala kadar.....tapi apa yang penting niat kita ikhlas nak sambut tetamu and kita anggap tetamu tue sebagai pembawa rezeki...

Aku sampai Shah Alam pun dengan hati baru dan semangat baru...Insya-Allah akan ada something arrrr untuk aku sem nie.....sementara raya masih ada jom kita berayer!!!!!!

Selamat berhari raya,
Ucapan ku untuk semua,
Maaf dipinta dan diberi,
Semoga ikatan berkekalan abadi...

selamat ari raya maaf zahir dan batin....

Thursday, September 15, 2011

What friendships are???

nie masa dekat matrik....


nie masa dalam Sispa....



nie dekat rakan2 zaman sekolah....

nie kawan2 masa dekat universiti....
nie kawan2 dekat zamn sekolah gak...cuma gambar lain...

Setiap kali bila bercakap pasal kawan,sahabat,persaudaraan and brotherhoods, wujud satu macam perasaan yang bermacam dalam hati aku.Semua orang mempunyai pandangan masing-masing tentang makna sebenar friendship nie atau kata lainnya setiakawan.Bermacam persepsi dan perilaku bila berbicara tentang kata hikmat ini.
Semenjak dari sekolah rendah pada 13 tahun dahulu,aku kalau boleh taknak cakap dengan sesiapa,maklumlah karakter aku yang tak suka bergaul memungkinkan semua ini berlaku.Tahun demi tahun berlalu,sedikit sebanyak perwatakan itu mula berubah.Aku cuba untuk menjadi peramah sehinggalah zaman persekolahanku berakhir di tingkatan 5.Semangat setiakawan dan ukhwah yang terjalin antara aku dan kawan2 aku membuatkan hati aku berat untuk berpisah.
Demi kerjaya dan cita-cita,semua itu terpaksa dilalui dan dianggap sebagai asam garam kehidupan.Jika tiada persahabatan maka tiadalah gurau senda dan pertelagahan yang menceriakan lagi suasana kehidupan ini.Tak kisah arrr yang bengang ker,yang tak ada faedah ker tapi itu semua character in our way.
Friendship or setiakawan pada aku bermaksud is a relationship that just not about sharing problems and having funs together but it's about accept each other as who they are.Kalau orang boleh terima kau dengan character yang suka tag orang kat facebook,kenapa engkau tak boleh terima orang tu yang tak suka share masalah. The problem is takkanlah semua masalah nak bagitau kan.
Mungkinlah sesetengah orang kata kalau kawan tu tak menyusahkan,baik takyah ada kawan.Pergi jer duduk kata gurun yang tak ada orang duduk kat sana sorang2.Kata taknak susahkan orang kan.Ada sesetengah dari kita yang rasa malu nak minta tolong sebab dia takut akan susahkan kengkawan2 dia tapi apa boleh buat kalau dia dah taknak minta tolong kan.Sebab pada aku kita hidup kat dunia ni kita tak boleh hidup sorang2x.Soon or later mesti akan ada masanya dia minta tolong dengan kita juga.
As a friend,jangan pulak nanti bila dia nak minta tolong ngan ko,ko tinggalkan dia.Kononnya kau kecik hatilah sebab dia tak anggap kau kawan.Kalau dia buat kau macam tue sekalipun,biarkan jer.Kata orang biar orang buat kita jangan kita buat orang.Masa inilah kau boleh kenal sikap kawan kau yang sebenar.Sikap dia betul ker jenis yang tak suka share masalah or just masalah dia tue tak adalah sebesar mana sampai dia nak share ngan ko
Apabila sampai masa dia cerita masalah dekat kau,kau hanya perlu bersabar sahaja sebab every patience they have a rewards.Kawan kau tu baik ker,jahat ker,suka tag orang kat facebook ker,tak suka share masalah ker pedulikanlah,apa yang kau boleh buat just accept dia.Akan sampai masanya nanti kau akan lami satu perasaan,"dalam banyak-banyak kawan aku yang sama perangai dengan aku,mesti ada sorang dua yang special".And this phrase will be something for you.

first time kerja.....

arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
statement ni biasa org guna untuk melepaskan rasa marah....bila dah lama aku tak update blog nie fuhhhhh punya lar best bila dapt menaip sesuatu yang boleh dikira unimaginable arrr......

nak citer satu benda nie.........masa cuti sem semester 2 aritue...patutnya aku dapat cuti empat bulan tapi since dar ada tugas kat uitm shah alam kan pasal Sispa jadi aku cuti tiga bulan jer....lepas punya lepas aku sampai rumah kena pulak cari kerja.....asalnya aku pikir nak kerja kat The Store ke apa er kan.....tapi fikir2 nanti arrr kerja kat The Store nie.....so aku pi cari kerja lain.....dapat plak kat kilang kayu....

Ya Allah!!!!Kilang kayu.......nak kena wat apa kat situ kan???aku dahlah tak pernah pegang penukul selama ini...maklumlah orang asyik pegang pen jer kan...mana nak tau benda ni semua....

aku datag kat kilang tue dalam pukul 8 pagi camtue...mesti arr nak bagi impression yang baik....jumpa tauke kilang tue...(melayu arrr..) pastu dia tanya aku pernah buat kerja tak daalm apa2 cabg kan...aku jawab tak....pasatu dia bawak aku jumpa someone yang arif pasal benda nie.....tapi someone ni dia bisu ngan pekak... so aku kena guna bahasa isyarat....

first thing yang dia suruh aku buat bukak kusyen....okey arrr...nampak sangat aku tak pernah pegang penukul aku pegang benda tue macam pegang pen.....pastu dia tunjukkan cara tue salah.....pastu baru aku taucara yang betul....susah kot nak bukak benda tue.....dah lepas aku bukak kain....kena bukak pulak dia punya kapas tukan...apa agi sebb dia ada paku tercucuk arrr tangan aku........dah berdarah cikit......bila dar siap benda tue kena bukak spring pulak.....ketuk punya ketuk terketuk lantai...habis pecah....hahaha!!!!!!!!!!!

bila dah habis bukak spring kena tanggalakn engsel.....pastue kena cabut paku...taknak ada paku yang tinggal dengan kayu tue.......total time untuk pembukaan satu kusyen adalah 1 jam tapi kena buat 8 kusyen cukup arrr sehari kerja lapan kusyen kan.....

since aku buat benda tue dalam keadaan duduk...apa agi belakang tu kalau boleh patah memang dah patah dar....setiap kali selesai ajer satu kusyen aku bangun tegakkan badan...Ya Allah ya Tuhan...tak larat aku....masa tue daalm hati dar nekad dar...besok taknak kerja lagi....pukul lima tue semua orang balik......aku pun balik tidur...besok cakpa ngan mak aku taknak gi kerja....


Kalau aku tau kerja kat sini memenatkan aku erja jadi catering...event though catering bayk kerja and lagi penat at least kitatau apa yang penat tue...ini tak kerja kat kilang kayu penat sebb duduk lama.....tak per arrr everything taht has happen should be started somewhere....

Tuesday, March 15, 2011

dekat pulau pangkor...

asalamualaikum...dan salam sejahtera....ni satu lagi perasaan aku bila terpaksa berada dkat uitm nie....aku patut gi janda baik tau tapi kena pergi pulau pangkor......EEiiiiii tak best tul....aku tau korang pelik takper aku citer satu satu ea.....korg kena rasa nie macam mna benda @#$%^^&!!! ni berlaku.....

citernya mula camnie.....seminggu sebelum aku gi pulau pangkor ari jumaat 11 mac 2011.....persatuan aku ada wat macm trip...memg tiap2 sem dia wat arrr...kalu dulu kat Kelumpang sekarg kat Janda Baik...memng best giler dowh.....duduk kat Ceringin Hill Resort and Spa....satu bilik dua orang....fuhhh aku memng dar nak gi dar......

tapi for the first time aku takde wit or fulus nak gi...then class rep aku kata dia byarkan nnt.....okey arrr...fuh best sebb ada orang bayarkan....then aku dar wat surat pelepasan kokorikulum sebb nak gi Janda Baik...then ada perjumpaan sebelum pergi tue...cakap flow masa kat sana.....okey best dia punya tema pun best..'urban tradisional'..hahaha..apa ker giler tema camtue...???contoh aku bagi....baju kebaya dengan skirt....next baju kurung denga seluar jeans...yang lelaki pulak baju melayu dengan seluar jeans tambah kain pelikat diselempangkan dekat bahu....apa 2 arrr aku okey jer....

then masa ari khamis malam..ada rocoll masa aku nak balik kat kolej Teratai...aku baru balik dari kelas masa tue....dengan pakai seluar jeans dengan selipar..aku pun terpinga-pinga memikirkan apa yang berlaku....then aku jumpa 'boss' aku..En.Salleh...En.Salleh cakp ada rocoll..ooo men wat the ##$#$#$##....aku pun ikut je arr...pastu aku tengok semua pegawai-pegawai muda turun...eh..!!apa benda berlaku nie....????ni bukan rocoll biasa....

strating Pn.N tanya "Awak semua tau tak kena pergi Pangkor esok?"...hah????!!!!!! aku tercengang...pergi Pulau Pangkor....?????Ada yang cakap dia tau ada yang cakap tak.....Pastu dia cakap event ni adalah lanjutan kursus destini kenegaraan yang aku gi masa kat Shah Alam sempena Le Tour De Langkawi..OHhhh...kalau excuse boleh tak???aku cuba nak tanya...tapi Pn N cakap event quiz,test or what soever..akan diberi surat pelepasan...Isshhhhh biar betik penting giler ker benda nie...

tambahan lagi benda ni under HEP punya program...tambah lagi kalau tak pergi digantung satu semester....oooo ohhhh this is not good...aku cuba cakap dengn seorg pegawai muda..Tn. L..dia tanya aku benda yang aku nak pergi janda baik nie under fakulti or persatuan...ckp arrr under persatuan..pastu dia cakap awak kena pergi yang ini gak....dar dapt surat pelepasan????kalu tak dapat saya akan usulkan dekt fakulti awak....aku hanya mampu mendengar dan melihat tanpa mampu berkata apa2...mana2 yang ada hal yang tak boleh dielakkan..dia kena pergi gak tapi siri yang kedua...argghhhhh terlepas ke Janda Baik lagi....

Pastu dia cakpa agi...esok hari Jumaat pukul 8.00 pagi dar tunmggu kat Kolej Seroja...bas bertolak 8.30 pagi..habis kelas macam mana...????dia kata still akan dapat surat pelepasan....okey jer.....then malam tu aku packing barag dalam keadaan terkejut dan nak nangis sebb aku terlepas environment sejuk....tapi tak apalah....benda tak jadi pada aku....nak buat macam mana kan....

then packing2.....kul 7.30 pagi kitorang dar kumpul kat kolej Teratai depan pool...aku tengok bbudak pompuan...macam nak balik kampung..ada yang nampak macm nak gi bercuti......wahhhhhh....best giler pergi ramai2.....then kitorang sampai kat kolej seroja pukul 8.10 pagi..jauh tau tertai dengan seroja(hahahha bohong jer)......starting dari Uitm ke Pulau Pangkor akan aku buat dalam dua bahagian.....sebb bnyak citer nie...sabar ea....