setelah sekian lama mengisi permohonan dekat SPA8 akhirnya ada jugak rezeki aku dekat sini....evnthough gajinyer tak tinggi tapi aku bangga sebb aku dapat bersama-sama dengan perdana Menteri untuk membangunkan Malaysia dari aspek kesihatan..

FIRDAUS BIN MOHAMAD
No. KP : 910914016811

Tuan/Puan,

PANGGILAN TEMU DUGA LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:

TARIKH/MASA KOD JAWATAN TEMPAT TEMU DUGA
29/08/2013
08:00 pagi
4651 LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM PUSAT TEMU DUGA SPA MELAKA,
BANGUNAN JAYA 99, LEVEL 15-2 JAYA 99,
JALAN TUN SRI LANANG,
75100 MELAKA.


3.    Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

a. Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c. Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan Sijil Tamat Persekolahan;
d. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e. Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f. Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g. Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
h. Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i. Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.


4.   Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat mengandungi maklumat berikut:
      a. Nama;
      b. Nombor Kad Pengenalan;
      c. Sumbangan; dan
      d. Kebolehan istimewa

5.   Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan."Resume" dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.

6.   Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

7.   Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.

8.   Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Sekian,terima kasih.

“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI”

Urus Setia Bahagian Pengambilan Khas
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603 8885 6000
Faks : 603 8888 5043

(Emel ini adalah cetakan berkomputer, tidak memerlukan tandatangan dan tidak perlu dibalas)

SPA Is Going GREEN, Living CLEAN. Consider the environment before you print!
www.spa.gov.my
Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada e-mel ini
  ­­