salam and Hola!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahaha!Jemput masuk ...korang sangat dialu-alukan.....dekat sini korang boleh tau arrrr macm mana aku merepek meraban...post benda merepek and cerita pasl all this stuff yang berlaku sampai arrr sekang...jangan segan2x....hahahha!!!

Adios...

Wednesday, February 8, 2012

akhirnya.......

Segalanya bermula di sini. Akhirnya telah selamat tiga semester aku mengenali erti kehidupan di sebuah tempat yang dinamakan 'menara gading'.Berbekalakan usaha, doa, rezeki dan kebijaksanaan, aku ditawarkan masuk ke tempat yang menjadi impian setiap mahasiswa. hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan saat menjejakkan kaki ke sini.

Perjalanan dari Batu Pahat ke UiTM Shah Alam mengambil masa selama lima jam. menggunakan lebuhraya Utara Selatan sebagai jalan utama, perjalanan terasa sangat jauh. Setelah berteleku di kenderaan, akhirnya sampai juga di tempat keramat ini.

Hilangnya kenderaan yang membawa pergi keluargaku untuk pulang, bermulalah detik perjalanan hidupku di sini. Pagi ke kuliah, buat eksperimen, hari minggu ada latihan mingguan kokurikulum. Semester pertama aku tempuhi dengan penuh tabah dan sabar. Hanya doa dan usaha menjadi peneman tatkala mata pelajaran menjadi semakin sukar dari semasa ke semasa. Sesuai dengan akal dan fikiran mahasiswa, silibus ditukar ke aras yang lebih tinggi. Dengan keputusan 3.30 pada semester pertama, ia merupakan permulaan yang baik dan langkah kanan bagiku. Namun takdir Allah siapa yang menyangka, itu hanyalah cubaan bagiku sebagai umat manusia.

Sudah menjadi fitrah manusia, apabila mendapat nikmat yang sedikit, senang menjadi alpa. pada semester kedua, segala-galanya berubah. Hendak sahaja aku ceritakan segala apa yang berlaku namun berat rasanya tangan ini untuk menulis, lemah rasanya untuk membuka pekung di dada. Segalanya berakhir dengan pointer 1.60.

Namun Alhamdulillah Allah memberikan satu peluang lagi untuk aku mengubah diri menjadi lebih baik dari masa lampau. Namun benda lain pula yang berlaku. Waktu aku telah berjaya untuk mengembalikan semula keyakinan dan semangatku untuk terus belajar, ada benda yang perlu aku korbankan. Waktu untuk bersama rakan-rakanku. Setiap masa yang terluang di isi dengan menelaah peljaran sehinggakan tiada masa untuk bersosial langsung.


Kekurangan masa untuk aku bersama mereka membibitkan kerenggangan antara kami. Hubungan semakin teruk saat masing-masing terasa akan satu sama lain hinggakan tidak bertegur sapa setelah lama bersua. Namun hanya air mata sahaja yang menjadi peneman kerana untuk mendapatkan segulung ijazah, segalanya perlu menjadi korban. Tiada spirit of brotherhood yang menebal dalam diriku saat rakan-rakanku yang lain mula menunjukkan perubahan yangs angat mengangumkan selepas berlkaunya peristiwa 18 Mei 2011 pukul 2.00 pagi di SNT.

Hanya masa yang menjadi penentu segalanya. Biarlah orang nak kata apa, asal aku tahu sikap ambil berat yang wujud ini akan terus wujud sampai bila-bila. Tak kisahlah orang nak kata aku ni lone ranger ker apa ker, as long as aku pandai bawak diri, tiada apa masalh yang berlaku. Pengalaman selama tiga semester di menara gading ini mengajarku macam-macam pengalaman dan berjumpa dengan macam-macam orang.Hahhahahah!!!!!Perjalananku baru sahja bermula.