Segalanya bermula di sini, Universiti
Teknologi Mara Shah Alam.Tempat keramat pertemuan aku mereka dan S. Siapa S????
S bukanlah orang tetapi organisasi. S yang aku maksudkan ialah Sispa.Sispa
adalah salah stu badan beruniform yang wujud di UiTM selain Palapes dan Suksis.
Masa orientasi berlangsung aku terpandang pada satu flyer berwarna oren yang
diberikan oleh seorang perempuan yang memakai baju berwarna biru. Di situ ia
memperlihatkan kepadaku tentang kelebihan masuk Sispa nie.
|
lambang kor sispa |
|
Uitm di hatiku |
Sispa terbahagi kepada dua
cabang iaitu pelatih kokurikulum dan pegawai kadet sispa.Pelatih kokurikulum
mengambil masa selama tiga semester untuk meghabiskan silibus manakala PKS
mengambil masa lima semester bagi menamatkan kursus sekaligus ditauliahkan
sebagai Lt. Muda (PA). Tapi nak jadi seorang pks bukannya senang wei, aku
terpaksa menjalani empat saringan ujian iaitu ujian kecergasan yang terdiri
daripada push up, seat up, bridging, bip test dan skuad jump. Kemudian saringan
kedua ialah ujian kesihatan diikuti temuduga sebagai saringan ketiga. Saringan
yang terakhir ialah pemilihan dari pegawai.
|
Nie masa nak pergi ujian kecergasan... |
|
nie pulak taklimat sikit |
|
kita buat warming up jap.. |
|
nie vertical jump....aku tak lepas kaki pendek |
|
bridging selama 30 saat... |
|
Bip test aku buat 5.4 wahhh !!!! |
|
Nie barisan jurulatih dan pegawai....tiga row baju putih ke atas yang paling kanan sekali itu arr aku... |
Alhamdulilah dengan jumlah
300 orang yang menjadi calon aku terpilih
dalam 82 orang yang terakhir membentuk dua platun iaitu Alpha dan Bravo.
Dengan kekuatan 82 orang, 27 siswa 55 siswi kami telah selamat menjadi Pegawai Kadet
Sispa Muda. Perjalanan kami baru sahaja bermula. Siapa sangka bertitik tolak
dari itu mengubah sekaligus hidup aku dan pendirian aku sehingga kini.
Selamat sahaja menjadi PKS
Muda,kami diminta untuk menghadiri latihan medan. Latihan medan adalah latighan
luar yang menjadi acara wajib dalm taqwim Sispa. Latihan medan ini diadakan di
Dusun Eco Resort, Pahang dan dihadiri oleh 75 orang peserta dan beberapa orang
pegawai, urusetia dan jurulatih. Perjalanan kami bermula di bus stop Teratai
selepas sembahyang Jumaat. Disebabkan tidak mendengar taklimat sebelum ini, aku
salah pakai baju dan kena marah dengan urusetia tapi takper arrr..sendiri cari
penyakit. Sampai aje bas,aku naik and aku choose nak duk sorang but then ada
arrr sorang hamba Allah nie duduk sebelah aku. Kata dia kena penuhkan tempat
duduk kalau tak urusetia marah..Hahahha!!! Orang yang duduk sebelah aku nie
annti aku ceritakan perangai dia macam mana..tettt!!!
Sampai aje kat Dusun Eco
resort, kitorang naik trak pikap untuk ke tapak perkhemahan. Al maklumlah
tempat berbukit bukau..naik trak pikap..hahahaha!!! Memang giler gempak. Nak tergolek
pun ada nak berpusing pun ada. Yang lain faham2 jer arrr. Sampai ajer kat tapak
perkhemahan kitorang dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk pembahagian
khemah. Khemah aku ada tujuh orang termasuk aku. Masa nie arr baru aku faham
perangai kawan aku macam mana. Masa kat sini aku tak berapa cakap
sangat,maklumlah culture shock kan(tetttt!!!), so through out masa aktiviti jer
aku cakap ngan diorang. Masa dalam khemah
jadi 6+1 jer arrr. Enam orang dalam satu group then sorg agie...(faham2
jer arrr..) but seriously aku cakap this six person terus ada dengan aku sampai
akusekrang semester ke empat. Siapa diorang tue??? Nanti aku cerita. Ada buat
slot baik tuk diorang.
Lepas kitorang buat
pembahagian khemah, then ada makan malam tak silap aku menunyer tumis air
kentang, sambal belacan, ikan sardin and air ribena. Fulamak sedap
weiihhh...pandai jugak urusetia masak. Then lepas makan sembahyang magrib ngan
Isyak jamak berjemaah then sesi ice breaking kat surau. Kitorang diberikan
partner dan kitorang kena tau semua pasal diorang. Aku dapat partner ngan Aron.
Lepas ajer sesi ice breaking pemilihan penghulu dan penghuluwati. Penghulu dapat
kat Ariff and penghuluwati dapat kat Adilah. Masa first2 aku tengok diorang
okey gak. Dahlah Ariff satu khemah ngan aku. Manifesto Ariff saya akan buat
tiang telekomunikasi supaya semua orang boleh tepon. “Engkau tak buat engkau
siap ko Arip.” Malam pertama berakhir pada pukul 2.00 pagi. Dengan tak laratnya
aku pun terus masuk dalam khemah.
Besok pagi hari kedua start
aktiviti. First merempuh halangan ada wall setinggi 12 kaki and ada wall
setinggi enam kaki..mana satu nak?? Nak naik wall 12 kaki tue tak boleh wat
sorang2 kena ada kawan..tinggi kot wall tue tapi jangan risau enam kaki aku
boleh lepas..tettt!!!! pastu ada spider web, kargo net, tayar and banyak agie
arrr..(dekat 15 gak arr halangan.) Halanagan terakhir descending. Korang bayangkan
turun dari tingkat lima. Aku tak pernah buat siyes arr kantoi. Pastue ada kelas
pulak pasal pc, ada jugak cara ikatan tali. Then malam tue ada persembahan. Group
aktiviti aku buat rancangan realiti tv. Kumpulan aku wonder boys..hahahhahah!!!
malam tue khemah aku jaga sentri dari pukul empat sampai pukul 5.00 pagi. Ngantuk
sangat tapi kitorang tak jemu sebab ada urusetia temankan.
Esoknya naik jambatan
gantung ngan terjun kolam. Pengalaman pertama aku terjun kolam weeihhh nervous
tu jangan cakap arrr.for sure memang ada.. mana arr tau kot2 lemas padahal
kolam tue empat kaki jer. Pastue kitorang main polo air. Aku takut nak gerak
dalam air tue so aku duduk jer kat batu. Then aku notice arrr ada kawan2 aku
yang pandai berenang, rasa jeles pun ada. Tue arrr nak belajar berenang mak
ayah tak kasi,suh duk umah jer. Skang nie biler dah tak tau mula arr nak
belajar sana sini..ishhh selagi ada masa kita belajar. Hah!!!!!!ada benda aku
nak cerita.
Selepas naik jambatan gantung
and terjun kolam, kitorang wat post mortem and balik ke Shah Alam. Best pengalaman
macam nie, tak boleh nak cari kat mana2 pun. Bak kata Alburt Camus pengalaman
tak boleh dicari tapi mesti dilalui. Sampai kat Shah Alam macm biasa arrr
kitorang wat latihan kawad. Since masa tue bulan puasa, kitorang kawad waktu
malam lepas Isyak. Start kul 10.00 malam habis pukul 2.00 pagi hari Sabtu. And esok
hari Ahad, pukul 7.00 dah kena ada kat pejabat naik bendera then ada
kelas.Balik sebelum buka. Yeahhh agak penat jugak arrrtapi dah pilih benda nie
kan nak taknak kena terima arr.
Aku tak pandai kawad tapi
bile masuk Sispa terus okey, nak kata pandai tue takder arrr tapi kalu setakat
bawak masuk bertanding boleh kot..cewahh!!!! hah korang cerita pasal bertanding
nie ada benda aku nak cerita dalam next event. Semuanya kat sini page Kor Sispa
banyak cerita.masih lagi sem satu. Memori aku adalah dalam 8GB. Apa nak tau
semua ada. Jangan lupa yer..salam
Habis kisah pasal latihan medan,
masuk pulak cerita baru. Perhimpunan Kor Sispa kali pertama yang berlangsung di
UiTM Shah Alam. Julung2 kali diadakan wei!!..masa first time aku dengar pasal
benda ni dari Tn Zam. Masa tue aku gi pejabat nak tanya pasal penempatan kolej
masa sem dua. Dan2 dia cerita , dia tanya datang tak pentauliahan. Aku just
cakap Insya-Allah sebab masa tue tengah cuti kan. Then Tn Lan cakap, “ko jangan
tak datang. Ko tak datang siap.” Okey aku datang sebab macam arahan pun ada aku
dengar. Then balik jer cuti dalam sepuluh hari macam tue, aku patah balik Shah
Alam. Perhimpunan tue lama lagi tapi kena datang seminggu awal sebab ada kursus
kemahiran sebelum tue. Aku yang first datang. Duk kat kolej Anggerik; masa tue
cuti so takder masalah sangat arr kalau boys nak menginap kat sana. Aku samapi
baru tiga orang datang. Aku lelaki dua orang agi perempuan.
Mula2 masuk jer dah jadi masalah, no
bilik tak sama dengan kunci bilik. Dah aku kena patah balik gie pejabat. Dengan
berpeluhnya, aku panggil Kak wanie or Pn wanie cakap kunci bilik salah. Nasib baik
tn Fuazi bawak aku naik motor dia cuba bukak balik bilik. But the result still
the same, pintu bilik takley bukak. Then dia pun patah balik gi pejabat amik
kunci bilik yang betul. Baru aku dapat masuk. Then Pn. Wanie tepon ada makan
malam pukul 6.00 nantie. Masa tue baru kul 12.00 aku tak tau nak watper....so
macam biasa...zzzz...zzz...zzz...
Dalam aku nga ngorok tue, ada pulak
orang ketuk pintu bilik. Aku bukak jer pintu nampak dua orang kawan aku nie, Shimie
ngan Shafiq. Diorang nie arrr dulu masa latihan medan aku cerita sama khemah
ngan aku tue...then datang pulak Amir. Amir arrr yang duk ngan aku masa dalam
bas nak gi latihan medan. Bilik dah penuh then yang datang lambat masuk bilik
depan bilik aku nie. Dah berapa lama macam tue datang pulak Abil, Arif ngan
Wan. Yang datang semua satu khemah dengan aku. Ada gak budak Puncak Alam, Perak
pun ada, pahang tak sure ada ke tak...
Malam tue kitorang makan sekali
dengan solat Isyak. Lepas solat Isyak ada taklimat tentang pertandingan yang
akan berlangsung masa perhimpunan nanti. Pertandingan yang ada menyelamat,
melawan kebakaran, explorace, scorerace and kawad kaki. Pemilihan tuk melawan
kebakaran badan mesti tough sebab nak angkat hos kan...so yang terpilih Wan,
Shimie ngan Abil. Ada gak arrr girls yang masuk. Aku, Amir, arif ngan Shafiq
masuk menyelamat. Untuk meyelamat jurulatih kitorang ada tiga, Sjn Amirul, En.
Zairi and En. Hakim. En. Zairi, Tn.Zam, Tn.Azrie, Pn Syikin and Sjn Azhar pernah
masuk menyelamat peringkat kebangsaan kategori menyelamat aras tinggi. Masa tue
Selangor johan bersaing ngan Johor.
Habis kat situ, En.Zairi cakap masuk
menyelamat kena tahu sepuluh ikatan asas. Antaranya manuk, mati, setengah belit, buku sila, bunga
geti, tindih kasih, simpulan kerusi, simpulan pengail, balak and satu lingkaran
dua setengah belit. So balik ajer bilik kitorang bawak tali nak berlatih. En.
Zairi nak tengok esok. Since aku ada sedikit basic dalam ikatan dan simpulan,
so tau arr sikit macam mana nak buat.
Aku ajar semua yang masuk menyelamat
dari simpulan setengah belit yang paling senang sampailah ikatan fisherman knot
atau pengail. Then ada pegawai yang akan tauliah masa tue masuk nak tengok macam
mana kitorang wat. Dia wat contest siapa boleh buat ikatan tindih kasih yang
paling laju. So aku gunakan kepantasan tangan aku and i did it. Pegawai tu
tanya pernah masuk menyelamat ker...aku jawab tak arrr sebab aku dulu masuk
pengakap. Then dia cakap agie dalam UiTM paling laju buat ikatan Tn.Zam so aku
mungkin boleh jadi the next Tn. Zam arrr masa sem empat nanti, so perut pun
naik gak arrr.. semua gelak tapi aku anggap pujian tue sebagai satu dorongan. Dalam
pukul 2.00 macam tue kitorang tidur.
Next
nak kena bangun pagi, buat PT or physical training. Pastue siap2 pakai pakaian
sukan kita kawad tuk kawalan kehormatan. Masa tue okey arr kitorang belajar. Belajar
ngan Sarjan Rophie. Banyak jugak ilmu yang aku dapat, macam mana nak angkat
kaki paras, hentak padat dan banyak agie arrr..tapi siyes memang penat sangat
masa tue. Aku tak pandai kawad so rasa susah arr nak absorbkan tapi disebabkan
semangat tue aku pun berjaya mendapatkan yang terbaik. Cewahhh!!!!
Lepas buat ngan Sjn Rophie, dapat
pulak ngan Tn Zaki. Aku ingatkan dapat ngan pegawai lagi best,rupanya lagi
teruk. Aku rasa pergerakan ke kiri pusing dah dekat seratus kali dar aku wat. Sebab
lepas jer buat kata semula. Aku pun satu dah penat tengok bawah dah kena cium
batang pokok sepuluh kali. Skuad yang lain pun sama gak, penanda buat hal. Memang
tension betul arrr belajar nagn dia tue. Dalam pukul 12.00 macam tue, kitorang
rehat makan tengah hari. Tengok muka kat cermin memang gelap yang teramat
sangat. Pastue ada bentuk ‘v’ kat dada. Siyesly aku cakap ngan korang masuk
Sispa, ada tiga benda yang aku nampak. Biler dalam baris semua bising, bila
makan semua senyap, bila nak amik gambar semua freeze. Tapi yang tak bestnya
masa nak amik makanan, bisingnya mengalahkan pasar. Pastue apa agie dapat
hukuman dalam bentuk “combie..hayak” sebanyak 60 kali. Masa dalam kursus ni
jugak kitorang belajar, kalau nak makan jemput pegawai, jurulatih pastue baca
doa.
Petang tue kitorang sambung kawad
tuk latihan kehormatan, ada belajar gak tentang paras. Tak sangka aku paling
tinggi dalm semua peserta. Apa2 hal mesti aku jadi penanda. Akalau jadi penanda
tak payah buat apa2 sangat. Pastue belajar jadikan tiga barisan kepada dua
barisan, kedalam lurus pandang depan. Sampai kul 5.00 arr kitorang wat tapi ada
arr certain2 time jurulatih marah jugak sebab wat tak betul. Dahtue nak wat
macam mana kalau ada basic kawad takper gak..nie takder.. pastue makan malam,
then sembahyang maghrib. Malam tue kitorang wat menyelamat. Kata En. Zairi
menyelamat ada sembilan halangan.
Yang pertama halangan tayar. Peserta
kena lalu halangan tayar sebelum ke checkpoint yang kedua, memadamkan api. Ada dua
cara memadamkan api kat sini, first guna fire extinguisher and second guna wet
blanchet. Pastue halangan ketiga wat tripod. Tripod digunakan oleh mangsa dari
dalam lubang. Halangan ke empat mengangkat mangsa dengan dua cara iaitu teknik
papah dan berekor-ekor. Halangan ke lima ialah membawa mangsa keluar melalui
terowong. Halangan keenam mengikat mangsa pada stretcher. Halangan ketujuh
mengangkat mangsa yang tak boleh berjalan. Halangan ke lapan membawa mangsa
melalui halangan tayar. Halangan ke sembilan lapor selesai.
Dengar ajer benda2 tue siyesly aku
caakpa gak takut arr arr kan, banyak kerja dalam menyelamat nie. Kitorang belajar
lagi tiga ikatan iaitu lilitan angka lapan, seraya ngan serong. Ketiga-tiga
ikatan nie diikat pada tripod. Tripod ada 6 batang so pecah pada tiga kumpulan
yang mana setiap kumpulan ada tiga orang ahli dan dua batang tripod. Kitorang buatlah
ikatan seraya dan serong. Aku dapat satug group ngan budak UiTM Pahang nagn budak
UiTM Shah Alam sendiri. Nama diorang Nurul ngan Ruby. Balik2 kitorang jugak
yang menang dalam buat ikatan paling cepat. Pastue masa wat tripod kitorang wat
tiga orang jer. Tapi masing2 faham arrr..siyesly aku cakap penat betul masuk
menyelamat nie.
Then petang esoknya kitorang wat
simulasi menyelamat betul2. Naik turun bukit, lalu celah pokok, jalan atas
batu, memang mencabar mental dan fizikal arrr..lepas ajer simulasi tue kitorang
wat sebelas kesalahan and kena PT sepuluh 55 kali. Lepas Pt sepuluh tue muka
kena lumur ngan lumpur...ohhh macam komando pun ada..tetttt!!!!
Pengalaman tu betul2 ajar kitorang
especially aku tentang kerjasama dalam pasukan. Malam pemilihan betul2 siapa
yang masuk menyelamat. Aku, Iefa ngan Qiela budak Puncak Alam tak masuk. Kitorang
jadi reserve. Bila jadi reserve kitorang pun menjalankan tugas sebagai reserve
arr kan. Sebab ingatkan reserve tak payah buat kerja, so kitorang pun
lelapkanlah mata but then En. Hakim marah, “korang boleh tidur, kawan2 ko
tengah berpeluh buat tripod.” Oooppss terkantoi pulak... then tengok arrr
diorang wat tripod, masa dicatatkan 7minit 43 saat... It’s a good time. Then
reserve UniKL gabung ngan reserve UiTM Shah Alam, aku ngan Iefa buat tripod. Aku
masa tue takut giler dahlah tak tahu macm mana
nak buat tapi buat jer arr kan. First time kitorang 7minit 30 saat. Tapi
ikatan pulak macam celabai. Then second time kitorang wat 7minit 26 saat. Semua
betul tinggal part aku jadi salah. Aku buat dua ikatan dalam satu tripod. First
betul seraya second jadi ikatan serong. Aku pun tak tahu macam mana jadi ikatan
serong, pastue malu gak arrr kan.
Then masa hari jadi aku tak masuk
kawalan kehormatan, so aku amik gambar. Dapat jumpa dengan ramai orang. Then besoknya
aku jadi full time photographer bila kawan2 aku nie masuk menyelamat. First halangan
no problem, second halangan ada masalah, api tak padam guna wet blanchet tuk
kali pertama tapi bila cuba tuk kali kedua baru boleh padam. Masa buat tripod
pun sama, tripod tue tak membentuk X shape, masa nak masuk mangsa dalam
terowong pun sama, dummy tue jatuh. But the rest run smoothly. Biler keputusan
keluar kawad kaki dapat no.1 menyelamat dapat no.3. and UiTM dapat johan
keseluruhan.
Menang kawad kaki menang
keseluruhan. Before everything ends, kitorang bergambar dengan jurulatih ngan
pegawai yang baru tauliah. Bangga dapat jadi buddy diorang. Masa jadi buddy aku
jaga empat pegawai dari USIM, tapi masa tue memang kelam kabut jugak. Masa raptai
jer kitorang dah buat hal...tertinggal bas. Apa agie kena marah arrr.. sampai
kat dewan, pegawai nak pakai baju tu cepat so nasib baik sempat sampai. Barang diorang
memang banyak. Kasut, baju no.3, seluar...fuhhhh!!!! memnag terbaik. Rasa tough
punada badan aku nie.... tettt!!!!! Lepas semua selesai aku balik umah.... tapi
ini baru permulaan aku jadi PKS Muda Kor Sispa UiTM Shah Alam....
|
masa inie arrr dummy tu jatuh... |
satu perkongsian yg menarik....
ReplyDeleteteima kasih wan
ReplyDeleterindu betul ayat celabai tu tuan hehe
ReplyDelete