Alexander masih melihat awan yang sedang berarak di langit..Memerhatikan keputihannya dan semangatnya untuk jadi pelindung kepada semua makhluk Allah di muka bumi sangat dikaguminya...dia berharap satu hari nanti dia mampu menjadi seperti awan..dia masih leka memerhatikan awan itu....tanpa disedari bahunya ditepuk...dia berpaling dan melihat Aiman sedang tersenyum melihatnya....
"ko pehal tengok awan tu lama sangat?"tanya Aiman sambil melabuhkan punggung di sebelah Alexander.tempat duduk mereka yang berhadapan dengan menara SAAS menceriakan setiap mata yang memandang.
"Aku tengok awan tu cantik,"jawab Alexander ringkas.Matanya masih leka memerhatikan awan.Aiman mencebik.
"Apa pendapat ko tentang Mimie?"tanya Aiman tiba-tiba.Alexander terkejut.Tumpuannya kini dialihkan ke Aiman.
"Kenapa dengan Mimie?"tanya Alexander pelik.
"Ko suka kat dia ker?"tanya Aiman lagi.Mungkin ada sedikit perasaan di hatinya untuk mengenali Mimie tetapi dia tidak tahu apakah itu yang benar-benar dirasakannya.Mungkin disebabkan perkenalannya dengan Mimie baru sahaja sebulan.
"Okey arrr...Dia fun...suka lepak nagn lelaki...aku suka arr ngan dia,"jawab Alexander jujur.
"Maksudnya ko cinta kat dia,"tanya Aiman lagi.Suaranya kedengaran serius..
"Takde arrr sampai bercinta tapi boleh arrrrrrr,"jawab Alexander jujur lagi..
"Boleh apa?"tanya Aiman lagi.Alexander semakin pelik.
"Ni apa kena dengan ko ni???ko syok kat Mimie?"tanya Alexander.Aiman menganguk.
Alexander tersenyum,sudah diagak itulah jawapan yang bakal diberikan oleh Aiman berikutan sikapnya itu.
"Mimie cakap dia suka kat aku,"ujar Alexander jujur.Aiman terkejut.
"Habis tu ko nak kat dia ker???"tanya Aiman cemas..Melihat muka Aiman membuatkan Alexander tergelak.
"habis dia dah suka aku,takkan aku nak jual mahal kot,"bohong Alexander.Dia sekadar mahu menguji sikap Aiman yang sebenarnya.
"Habis aku camana?"tanya Aiman lagi...
"Ko kena arr bersaing ngan aku..."ujar Alexander ringkas.Aiman terkejut.
Bagaimana mungkin dia mampu untuk bersaing dengan rakan yang dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.Perkenalan mereka selama sepuluh tahun telah membuatkan mereka menjejakkan kaki ke menara gading bersama-sama.Masakan disebabkan seorang perempuan dia sanggup mengorbankan rakannya sendiri.
"Ko amik arrr Mimie tu,"jelas Aiman tiba-tiba.Biarlah dia yang mengalah.
"Hai,dah give up dar????Cepat!!"pujuk Alexander.
Mimie cakap dia suka kat ko kan,takkan aku nak potong line best friend aku,"jelas Aiman.
"Man,Mimie tu bukan barang tau nak diamik,ditolak camtu jer....dia tu manusia....berdasarkan observation aku tadi..ko sayang jugak kat aku kan....sanggup berkorban tuk aku..ko mmg sahabat sejati arrr.....bangga aku dapat kawan ngan ko,"jawab Alexander jujur.Dia tidak tahu apa yang dikatakannya itu betul atau tidak.Dia berharap yer....
"Ko kawan aku kan....takkan aku nak kenakan ko,"jawab Aiman jujur.
"Aku bohong arrr.Mimie cakap dia suka ko....cuma ko ni slow sangat..lambat tindak..cepat cket tau...karang lepas ke tangan orang lain camaner????Aku bohong jer pasal tadi..mungkin dia rapat ngan aku tapi kalau samapai nak bercinta tu tak kot...macam yang aku cakap tu arrr.
Lagi satu Man,aku ni macam ko gak setiakawan...Insya_Allah.Kalau aku diberi peluang untuk memilih antara kawan baik aku dan orang yang aku suka...Aku akan pilih kawan baik aku...even though au tak pilih orang yang aku suka tu...kalau ada jodoh cepat atau lambat dia akan datang jugak kan....so sementara nak tunggu 'jodoh' yang belum tentu milik aku tu...baik aku lebihkan orang ayng aku sayang...especially family,kwan2 dan orang yang aku sayang arrr.....dala kes ni...ko ngan Mimie..kalau misalnya Mimie tu jodoh aku....even aku lebihkan ko pun dia still datang kat aku...macam tu juga arrrr sebaliknya....
Lagipun Man kita masih belajar takkan dah tetiba nak masuk bab cintan cintun ni...nanti dulu arrr...tapi kalau ko dapat bagikan masa ntara belajar ngan cinta tu okey arrr...asal ko tak lupa perintah Allah,batas pergaulan key arrr...ko jangan risau kalu ko nakkan Mimie ko kena usha banyak benda yang ko kena korbankan...macam yang selalu aku cakap if you want to get something then you have to sacrifice something that is equivalent key,"panjang lebar Alexander menghuraikan hujah.
Aiman masih lagi termangu.Masih memikirkan bait2 perkataan yang diucapkan Alexander.Kata orang jangan sedih sebab derita tetapi sedih sebab bahagia....janagn nangis kalau tak dapat tetapi nagis kerana mendapat rezeki...jangan menangis kerana putus cinta tetapi menangis kerana persahabata.Betul ker frasa ini.Mungkin yer.Dia tidak tahu bagaimana kehidupannya nanti tanpa seorang yang bernama sahabat....dalam kes ni Alexander.Dia bersyukur kerana dianugerahkan kawan yang sebegini rupa.Tentang Mimie,biarlah ia menjadi rahsia dalam diri Aiman.
No comments:
Post a Comment