salam and Hola!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahaha!Jemput masuk ...korang sangat dialu-alukan.....dekat sini korang boleh tau arrrr macm mana aku merepek meraban...post benda merepek and cerita pasl all this stuff yang berlaku sampai arrr sekang...jangan segan2x....hahahha!!!

Adios...

Monday, September 19, 2011

sajer2.....

Segalanya bermula pada malam itu.Malam itu penuh sunyi sampai aku tidak mahu berbuat apa-apa.Deringan mesej mematikan lamunan aku.Kawan sekelas aku,Mika menyuruh aku datang ke bilik kelas rep kami,Danial untuk menyiapkan tugasan.Terasa berat kaki aku untuk melangkah ke bilik Danial.Aku mengatur langkah dengan penuh longlai.Saat melepasi bilik RiHahs,tiada langsung keinginanku untuk memanggilnya.

Aku akhirnya tiba di bilik Danial.Aku melihat RiHahs dan Mika sudah berada di situ.Aku lebih banyak diam dan menurut sahaja sewaktu menyiapkan tugasan.Tepat jam12.00 malam,aku meminta diri untuk pulang.Dalam perjalanan,aku masihmemikirkan mengapa BFF aku diam shaja.Aku mesej dia tak balas,aku call dia pun tak angkat.Aku pulak satu,buat benda yang sama kat dia.Kenapa masing-masing senyap?Aku keliru memikirkan jawapan bagi pelbagai persoalan.

Keesokan harinya,hari kedua Modul KI di tempat aku belajar.Aku keluar pada jam 7.45 pagi.Pada masa yang sama RiHahs juga keluar sambil bertanya kepadaku,

"Ko jalan kaki ke Lex?"tanya RiHahs.Aku mengangguk.

"Nak naik motor tak?"pelawa RiHahs.Aku menggeleng.

"Takpe arrr.Aku jalan kaki,"ujarku ringkas.Pada saat itu tiada langsung mood aku nak bercakap dengan sesiapa.

Modul pada hari ini dimulakan dengan sesi ceramah.Hanya ceramah sahaja pada hari ini.Ceramah ini tiada langsung memberi kesan kepadaku disebabkan pelbagai masalah yang melanda.Aku juga sudah jarang melepak dengan rakan sekelasku.

Tingkah laku ini disedari oleh Danial."Ko ada masalah ke Alex?"tanya Danial.Aku menggeleng.Pada masa rehat,Rania menelefon aku.Dia mahu bercerita tentang masalhnya.

"Lex,Mark dah tak suka aku,"ujar Rania memulakan perbualan.

"Pasal apa plak?"tanya aku ingin tahu.

"Aku mesej dia tak balas.Aku call dia atk angkat,"ujar Rania lagi.

"Biasa arr tu.Dia takder kredit kot,"pujuk aku.

"Takkan takder kredit lama sangat?"tanya Rania lagi.

"Aku tak tau arr Nia.Aku pun dah lama tak jumpa Mark.So aku tak tau macam mana dia sekarang.Tapi aku tau dia takkan buat macam tu kat ko!"jelas aku lagi.Rasa kasihan pula aku kepada BFF aku yang seorang lagi ni.

"Tapi kenapa dia wat aku camni,Lex?"tanya Rania lagi.Aku buntu.

"Lelaki ni Nia,dia ego.Dia takkan bagi tau sebab untuk sesuatu sebab,"jelas aku lagi.

"Lex,aku tak kisah kalau dia taknak aku.Tapi at least bagi tau sebabnya."suara Rania semakin serak.

"Nia ko tak boleh macam ni.Dulu ko dah nangis dengan Jason takkan sekarang nangis dengan Mark plak,"terang aku kepada Rania.Aku tidak mahu Rania terus-terusan nangis.

"Lex,tolong arrr,"pinta Rania lagi.Lepas satu,satu lagi masalah timbul antara BFF aku ni.

"Malam nanti ko tepon aku.Aku ada ceramah arr,"jelas aku lagi.Talian diputuskan.


Hari Isnin,hari ketiga aku berdiam diri.Aku sebolehnya mahu melarikan diri dari rakan-rakan sekelasku.Aku tidak mahu diorang tahu masalah aku.Dan aku juga taknak sebab masalah aku,kawan-kawan aku susah.Aku banyak menghabiskan masa di PTAR untuk mentelaah pelajaran.Tetapi tiada satu pun yang masuk dalam kepala otak aku.

Sekiranya diorang bertanya kepadaku,aku hanya menjawab apa yang ditanya.Tiada langsung lucu dan ketawa yang bodoh yang sering aku buat.Saat aku berjalan menuju ke PTAR,aku terserempak dengan Samuel,rakan sekelas aku juga.Aku hanya mampu tersenyum dan meneruskan langkahku.


"Ko kenapa Lex.Aku tengok kau dua tiga hari ni lesu jer,"tanya Samuel pada satu petang.

"Takder paper arrr.Aku cuma bad mood cket jer,"jawab aku acuh tak acuh.

"Tadi ko okey jer,"ujar Stacey tiba-tiba.

Aku mengaku depan Stacey dan Marissa rakannya,aku akan cuba menyembunyikan masalah tetapi bukan dengan Samuel.Samuel seperti pakar psikologi pada aku.

"Apa masalah ko Lex?"tanya Stacey setelah aku lama mendiamkan diri.

"Takde paper.Aku cuma bad mood jer,"jelas aku lagi.

"Sebab kekasih ker?"tanya Marissa pula.

"Tak arrr tapi ada arrr,"aku berteka-teki lagi.Kami berjalan lalu masuk ke kelas.

Aku terlupa untuk membawa labcoat bagi makmal Kimia selepas ini.Masa hanya tinggal 45 minit shaja sebelum kelas bermula.Aku pantas mengatur gerak menuju ke Kolej Jati.Pelbagai jalan pintas aku lalu untuk memendekkan masa perjalanan.Setibanya di Kolej Jati,aku terserempak dengan RiHahs sedang menghidupkan motosikalnya.Aku hanya berjalan tanpa mempedulikannya lantas ke tingkat enam untuk mengambil labcoat yang tertinggal.

Tanpa membuang masa aku mempercepatkan langkah menuju ke kampus.Aku sedikit terlewat dari masa yang ditetapkan.Setibanya aku di lab 609,aku disambut oeh Mika.

"Hah Lex,ko okey tak?"tanya Mika tiba-tiba.Aku mengangguk.

"Ada sesape yang nak satu group dengan ko?"tanya Mika lagi.Aku menggeleng.

"Hah,satu group ngan aku.Aku taknak satu group ngan Habib,"pinta Mika.Aku hanya tersenyum dan mengangguk sahaja.Meskipun senyuman itu bukanlah dipinta tetapi bolehlah jika mahu mengubatkan hati aku yang tengah luka ni.Aku pantas mengeluarkan buku Lab Kimia dan segala barang lain.

"Meh aku bawak buku kau,"pelawa Mika.Aku membantah.Dan aku memilih untuk duduk di antara Mika dan Faiz.Melihat keadaanku yang berpeluh,Faiz bertanya kepadaku.

"Ko apasal peluh-peluh ni?"tanya Faiz memulakan bicara.

"Aku balik Jati,"jawabku ringkas sambil memakai labcoat.

"Apasal?"tanya Mika pula.Aku hanya menunjukkan labcoat ni.

"Labcoat ko tertinggal?"tanya Mika inginkan kepastian.Aku mengangguk.

"Asal tak tumpang Hahs?"tanya Mika lagi.

"Aku taknak susahkan dia arr,"ujarku.

Selepas itu aku diam seribu bahasa.Hanya menjawab bila ditanya.Mataku dihabiskan dengan menghadap handset yang dipinjamkan Mika.

"Clash dengan Hahs,"jawab Mika tiba-tiba kepada Faiz.Aku dengar tetapi tidak mahu ikut campur.

Tiba-tiba RiHahs datang kepadaku sambil menantikeputusan ujikaji.

"Lex ko okey tak?"tanya RiHahs sambil memandangku.

"Okey,takder pape,"bohong aku.Padahal banyak masalah melanda.

RiHahs bertanya tentang experiment pula.Aku hanya menjawab apa yang perlu sahaja.

Sekiranya dahulu aku menghabiskan masa dengan menunggu bas untuk pulang ke Jati,kini aku memilih untuk berjalan kaki.Pergi dan balik aku memilih untuk jalan kaki.Kalau dahulu pergi sahaja jalan kaki.Aku mahu bersendirian pada masa tu.

"Lex ko ada masalah ker?"tanya Jessica pada satu ketika.

"Aah Lex,aku tengok kau senyap jer.Tak ceria cam dulu,"sokong Felicia.

"Ko ada masalah ker.Citer arrr,"pinta Jessica lagi.

Pada masa tu banyak sangat orang yang mahu tahu masalah aku.Aku bersyukur keranadiorang prihatin dengan masalah aku tetapi macam biasa aku taknak diorang susah.

Aku hanya mengangguk tetapi aku takkan beritahu sebab yang sebenarnya.

"Sebab kekasih?"tanya Allison.Aku menggeleng.

"Perempuan?"duga Felicia pula.Aku menggeleng.

"Girlfriend?"duga Felicia lagi.Aku menggeleng.

"Boyfriend?"lawak Allison pula.Aku menggeleng.

"Bukan perempuan lelaki,"beritahu aku setelah lama menyimpan.

"Hmm.Orang tu mesti rapat dengan ko.Mesti selalu kau jumpa,"duga Samuel.

Debaran di dada aku semakin kencang.Aku bimbang rahsia aku bocor.

"Classmate ea?"tanya Jessica.Aku mengeleng laju.

"BFF aku,"jelas aku.

"Apa masalah ko ngan BFF ko tu?"tanya Jessica.

"Aku tak tau.Masing-masing senyap.tetiba jer senyap,"jelas aku sedikit sahaja.

"Kenapa ko tak cakap ngan kitorang?"tanya Jessica lagi.

"Aku taknak susahkan korang tau.Sebab tu aku diamkan ajer,"jelas aku.

"Kitorang tak cakap pun kitorang nak bantu,"gurau Jessica disambut oleh gelak ketawa orang lain.

"Lex,kalau ko bitau masalah ko.Beban ko tu ilang tau,"pujuk Danial.

"Aku pun macam ko gak Lex.Ngan BFF aku kan.Kitorang tetiba senyap.Biasa arrr...kalau persahabatan tu tak gaduh tak best tau,"jelas Jessica.

"Bukan apa Jess,aku susah takper tau.Jangan kawan-kawan aku susah."

"Ko kena semangat Lex.Ko tak ley camni.Semalam masa nak buat lab,Damia sedih sebab hp dia blup blup ko pulak diam ajer.Aku takder mood nak buat experiment,"jelas Felicia lagi.Aku hanya mampu terdiam.Tidak mampu berkata apa-apa.

"Ko kenapa Lex,sejak 2-3 hari ni aku tengok ko muram jer?"tanya Faiz pada satu ketika.Aku sudah bosan dengan pertanyaan seperti itu.

"Kalau ada masalah cerita.Janagn simpan dalam hati,"ingat Faiz lagi.

"Bukan aku taknak beriatu,tapi aku taknak korang susah,Kawan-kawan yang aku sayang ni,"jelas aku.Benda yang sama aku utarakan.

"Lex,kita akan tiga taun bersama.Dah macam adik-beradik,"jelas Mika lagi.

"Mungkin dia ingat Lex ni mungkin nga study.Taknak arrr kacau dia,"jelas Faiz setelah aku menceritakan perkara yang sebenar kepadanya.Aku mengangguk.Ada betulnya kata-kata Faiz tu.

"Betul gak cakap ko.Mungkin masa dia nga telefon,aku nga cakap ngan korang kan,"pujuk aku sekadar menyembunyikan rasa sedih di hati.

"Bila aku pikir-pikir balik,tak adil aku wat benda ni kat korang.tak cakap ngan korang,"sesal aku pula.Faiz mengangguk laju.

"Tapi betul gak.Takkan bila kita ada masalah nak ketawa berdekah-dekahkan,"jelas Faiz.Aku hanya termenung sahaja.

"Woi jauh termenung.Tapi yang penting ko kena semangat arr.Tak ley camni,"pujuk Faiz.Sedikit sebanyak dorongan dari kawan-kawan aku ni mengembalikan semangat aku.

"Lex,ko gaduh ngan RiHahs ker?"tanya Rebecca sewaktu aku sedang berada di library.

"Mana ko dengar cerita ni?"tanya aku pula.Tidak berkenan aku dengan cara Rebecca bertanyakan soalan.

"Ye arr,semenjak dua menjak ni ko diam tapi ko cakap gak dengan budak lelaki lain.Tapi aku tak nampak pun ko cakap dengan RiHahs,"jelas Rebecca.

"Aku ada cakap arrr ngan dia.Mulut ko jangan macam bontot ayam ea.Aku takder paper masalah dengan RiHahs ea,"Marah aku tiba-tiba.Rebecca kelihatan terkejut.

"Apa ko ni.Jangan marah aku.Aku rasa kau patut maarh kat RiHahs tu.Sejak dia ada motor,ada dia bawak ko gi mana-mana.Takderkan?lepas tu dia tinggalkan ko jalan kaki sorang-sorang.Berpeluh-peluh.Dia pulak naik motor banyak angin,"hasut Rebecca lagi.

"Becca,aku taknak susahkan dia.Tak kisah arr,dia naik bas ker,naik motor ker,naik sport ker.Aku still jalan kaki.Tak timbul masalah aku marah kat dia sebab dia tak bagi aku naik motor dia,"jelas aku lagi.

"Ko ni kan pelik arr..Dia buat ko camtu pun ko masih nak backup dia kan.Aku dengar dia pergi PKNS ari tu.Ada dia bawak ko?Takder sebab dia dah atknak kawan nagn ko agi,"hasut Rebecca lagi.

"Ko berambus sekarang!Berambus!!!!!!!"jerit aku.Marahku tidak tertahan.Hampir-hampir sahaja buku Campbell menepek di muka Rebecca.

"Sebelum aku kenal RiHahs aku kenal Mika dulu.Tapi sejak peristiwa tu aku tak tegur dia pun meskipun dia kat sebelah bilik aku,"beritahu aku kepada Danial sewaktu dalam perjalanan ke Kompleks Sukan untuk bersembahyang Jumaat.

"Asal plak?Ko tak adil kat Hahs camtu,"ingat Danial.

"Entah arrr.Aku tak tau kenapa dengan dia jer aku tak cakap sekarang ni,"beritahu aku lagi.

"Ko tak adil buat RiHahs camtu.Dia tak tau apa-apa,"ingat Danial lagi.

Aku hanya terdiam mengiakan kebenaran kata-kata Danial.


"Bila ko nak balik,?"tanya Danial di hadapan semua orang.

"Aku hanya mampu berjanji Lex yang dulu akan datang balik tapi bila bergantung pada Lex yang sekarang ni.

Kepada semua orang yag terasa sepanjang seminggu ni aku diam ajer.Aku mintamaaf.Tak adil aku buat benda ni kat korang.Korang tak salah tapi korang pulak jadi mangsa.Aku minta maaf banyak-banyak.Jess, Felicia, Allison, Marissa, Stacey, Samuel, Mika, Faiz, Danial ,Damia and especially RiHash aku minta maaf kepada korang.Juga kepada semua yang lain.Aku janji benda takkan berulang lagi."

No comments:

Post a Comment